Ni online di CC. Hep! Bkn datang melencong okeh! Ni dah siap buat kerjaa.. meh intai karangan/essay sebab...
Esok Trial SPM. masa berlalu terlalu pantas untuk diri ini sedarinya. Sedar tak sedar esok dah trial. Sebenarnya, sudah dua paper settled harungg!.
Geografi dan PAI.
Entah gred apa dapat nanti. Yg aku tahu, khamis haritu bising cikgu geo (mr Azman the Kacak haha) dah tanda kertas.
I got highest mark in paper1 .
36/40. ALHAMDULILLAH.
Di waktu yg makin berakhir untuk aku bergelar budak sekolah ni, (rasa nak menitik air mataaa.. aku cuma taknak tinggal zaman terindah ni..zaman sekolah)
i realized that, kawan2 aku dah mula pecut buat latihan, semua balik lewat sekolah.. mengadap cikgu.. tanya dan tanya semua persoalan yg melanda akal dan jiwa..
Aku tengok dan perhati..\
Moga usaha aku dan kawan2 takdir 'bayar' setimpal dgn setiap pngorbanan ini. Chewah!
Aku fikir dan dan cuba pahami..
Nanti.. bila berakhirnya SPM.
Berakhirnya tingkatan 5..
muka-muka yg struggled together dgn aku akan sirna dlm hidup ini. Fakta yg menyedihkan, bukan?
Figura yg aku selalu ke kantin bersama..Manusia yg teman ke tandas .. Muka yg sama2 study sekali.. Nanti..akan tiada lagi di hari-hari aku.
Oh,mungkin aku terlupa satu kenyataan..
Setiap cerita itu punya prolog dan epilog..
Setiap pertemuan akhirnya pasti perpisahan.
Tadi, ada senior form5 tahun 2014 bagi alaa lecturer sikit dlm kelas BI tadi.
aku tanya"best belajar di U?"
Dia senyum dan jawab.
"Belajar di U best tapi tak seindah belajar di sekolah dulu.. Tapi yg pasti, jadi dewasa tak best" Dia ketawa.
Jadi, kata aku yg sekolah zaman terindah itu benar kan?
Zaman yg tak sampai 3bulan je lagi aku perlu ucap selamat tinggal.
Utk persediaan SPM, motivasi sudah saratt dalam kepala , jiwa , hati , hempeduu ,limpaa dan seluruh organ lainnya! Since aku salah seorg plajar target semua A sekolah (kadang2 aku rasa pghargaan ini satu balaa sebab stiap turun naik gred aku dipersoalkan,. agak menyerabutkan. eh bukan,, Memang menyerabutkan hihi)
Namun, usaha aku masih tak segempak motivasi dlm diri ni.
Sebab manusia itu kan
Angannya selalu panjang..
Namun usahanya selalu kurang..
Tapi janji yg aku pateri pada ayah umi yg tersayanggg cikgu2 dan muka aku yg terpempang pd dinding sekolah perlu aku realisasikan by hook or by crock!
Harapan bukan satu beban,
Tapi ia suatu pembuka jalan kepada Impian.
Esok, exam mula balik dengan BM.
Semoga semua yg aku lupa ALLAH bantu ingatkan.
Semoga apa yg aku taktahu ALLAH bantu ilhamkan.
Aku percayaa, kerana DIA MAHA PENGASIH.
Sampai jemari aku menari lagi di keyboard keras ini. Ceritakan perihal rasa yg hati dan diri lalui.
No comments:
Post a Comment