Seperti sebelum ini, aku hanya menulis senggang satu ke dua tahun saja dalam bog ini. Bukan merancang, tapi semua berlaku tanpa dirancang. Terakhir kali aku menulis, waktu percubaan spm.
ALHAMDULILLAH.
Result SPM aku baik2 saja.
Bukan semua A seperti harapan hati. Tapi cukuplah untuk rezeki setakat ini.
Hari ini,
aku telah menjadi mahasiswi sem 2 di UiTM Kelantan. Segalanya telah berubah. Cara belajar mahupun persekitaran. Cuma, kawan sekaki saja yang ALLAH masih panjangkan jodoh untuk terus melakar kenangan di tempat belajar yang baru.
Hari ini,
Aku kira semuanya makin lengkap dan cukup ALLAH berikan.
ALHAMDULILLLAH.
Kesihatan yang baik, akal yang cergas, fizikal yang sihat dan dikelilingi orang yang baik, mungkin.
Sudah cukup aku rasa untuk post kali ini.
Pada post yang akan datang, mungkin aku akan cerita perihal satu figura yang konsisten buat hati aku berbunga-bunga fikirkannya, tersenyum saat teringat wajahnya dan selalu sayangkan dia dari dulu hingga kini, mungkin 'cara' sayang itu saja yang berubah tempatnya antara dulu dan sekarang.
No comments:
Post a Comment